An-Naml:19
Wednesday, February 15, 2006
Doa memohon perlindungan dari syaitan
Maksudnya: "Wahai Tuhanku,aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan"."Dan aku berlindung kepadaMu,wahai Tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
Saturday, February 04, 2006
Muhasabahkan Dirimu.
Wahai diriku,adakah engkau mengambil sedikit masa untuk memerhatikan perjalanan hidupmu dan mendapati bahawa Allah swt sebenarnya telah banyak memberikan engkau peluang untuk bertaubat kepada-Nya.Adakah engkau bersyukur kepada-Nya kerana nyawa engkau masih dipanjangkan hingga ke hari ini yang mana ia merupakan salah satu tanda rahmat dan kasih sayang-Nya kepadamu.Bayangkan andainya engkau telah dimatikan semalam?Bagaimanakah agaknya pengakhiranmu?.Wahai diriku,engkau sepatutnya sedar akan kekurangan dirimu yang telah menimbunkan banyak dosa di dalam hatimu ,tapi pernahkah engkau bermuhasabah sejenak untuk memikirkannya?sebagaimana yang terkandung di dalam surah Ali-Imran:185.
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian,dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat.Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga,maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya."(Ali-Imran:185).
Wahai diriku,sesungguhnya dalam sela waktu kehidupanmu,telah banyak kali engkau mengisinya dengan hal yang sia-sia sedangkan engkau mempunyai 24 jam dalam sehari dan hanya memerlukan beberapa minit daripadanya untuk bermuhasabah diri dan ketahuilah wahai diriku,bahawasanya insan itu tidak sempurna. kerana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan...."
Wahai diriku, janganlah engkau merasakan dirimu lebih bagus, baik, tinggi, hebat serta sempurna sehingga engkau mengores hati pelbagai orang dengan sikapmu, melanggari pelbagai ajaran Allah swt serta melupakan ajakan Rasulullah saw sehingga membuatkan engkau tidak menyedari kecacatan dirimu. Justeru apakah engkau layak membiarkan hari-harimu berlalu dalam kehidupan yang tanpa adanya pembaikan dan peningkatan?Tidakkah engkau ingat akan satu bicara yang masyur;
"Sesiapa yang hari ini sama seperti semalam,maka rugilah dia.Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam,maka beruntunglah dia.Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam,maka celakalah dia."
Subscribe to:
Posts (Atom)




