Thursday, February 15, 2007

Doa diberi Rahmat dan Petunjuk

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami!,kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
Al-Kahfi:10

Sunday, February 04, 2007

Pertarungan jiwa.

Wahai diriku,tahukah engkau bahawa manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah ia kalah atau menang,atau terus menghadapi pertarungan itu.Pertarungan ini adalah pertarungan yang sengit dan berterusan hingga nafas yang terakhir.

Tiga golongan manusia yang sedang menghadapi pertarungan jiwa itu ialah;

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsunya.Mereka merupakan golongan yang tunduk kepada dunia dan kekal dalam keduniaan.

2. Golongan yang berjihad melawan dirinya,bertarung memerangi hawa nafsu dan kadangkala menang dan kadangkala kalah.Taktala mereka melakukan kesilapan mereka bertaubat,dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun kepada Allah swt.

3. Golongan orang-orang maksum,seperti pada Rasul dan para Nabi.

Sendi-sendi kekuatan dalam pertarungan Jiwa.

1.Hati. Ia akan menjadi sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup,lembut,cekal dan sentiasa mengingati kata-kata Ali bin Abi Talib k.w.h."Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu hati dan hati yang paling Allah swt kasihi ialah hati yang paling lembut,paling bersih dan paling cekal."kemudian Ali menerangkan maksud perkataanya dengan mengatakan;"Paling cekal dalam beragama,paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya."

2.Akal.Ia akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiaranya akal itu dapat melihat,mengetahi sesuatu, dapat membezakan sesuatu dan dapat menyedut sesuatu daripada ilmu yag kelak akan digunakan untuk mencapai tempat yang paling hampir dengan Allah swt,mengetahui kekuatan dan kebesaran Allah swt.

Panduan dalam islam yang menggariskan cara untuk menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi iblis untuk membantu manusia bertahan dalam pertarungan dengan syaitan.Dan sesungguhnya syaitan memasuki hati manusia melalui sepuluh pintu antaranya;

1. Tamak dan jahat sangka.lantas engkau hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan.Lantas engkau hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kesenangan dan nikmat.Lantas engkau hadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri.(Ujub) Lantas engkau hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah swt dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. Lantas engkau hadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad dengki.Lantas engkau hadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah swt kepada makhluknya.

7. Riya' dan sukakan pujian manusia.Lantas engkau hadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil. Lantas engkau hadapinya dengan menyakini bahawa apa yang ada di tangan itu akan binasa sedang apa yang ada disisi Allah swt itu kekal.

9.Takabbur Lantas engkau hadapinya dengan sifat tawadhu'(merendah diri).

10.Tamak. Lantas engkau hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah swt dan tidak mengharapkan sesutau yang ada pada manusia.






Wednesday, February 15, 2006

Doa memohon perlindungan dari syaitan

Maksudnya: "Wahai Tuhanku,aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan"."Dan aku berlindung kepadaMu,wahai Tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".                             
                                           An-Naml:19

Saturday, February 04, 2006

Muhasabahkan Dirimu.

Wahai diriku,adakah engkau mengambil sedikit masa untuk memerhatikan perjalanan hidupmu dan mendapati bahawa Allah swt sebenarnya telah banyak memberikan engkau peluang untuk bertaubat kepada-Nya.Adakah engkau bersyukur kepada-Nya kerana nyawa engkau masih dipanjangkan hingga ke hari ini yang mana ia merupakan salah satu tanda rahmat dan kasih sayang-Nya kepadamu.Bayangkan andainya engkau telah dimatikan semalam?Bagaimanakah agaknya pengakhiranmu?.Wahai diriku,engkau sepatutnya sedar akan kekurangan dirimu yang telah menimbunkan banyak dosa di dalam hatimu ,tapi pernahkah engkau bermuhasabah sejenak untuk memikirkannya?sebagaimana yang terkandung di dalam surah Ali-Imran:185.

"Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian,dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat.Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga,maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya."(Ali-Imran:185).

Wahai diriku,sesungguhnya dalam sela waktu kehidupanmu,telah banyak kali engkau mengisinya dengan hal yang sia-sia sedangkan engkau mempunyai 24 jam dalam sehari dan hanya memerlukan beberapa minit daripadanya untuk bermuhasabah diri dan ketahuilah wahai diriku,bahawasanya insan itu tidak sempurna. kerana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan...."

Wahai diriku, janganlah engkau merasakan dirimu lebih bagus, baik, tinggi, hebat serta sempurna sehingga engkau mengores hati pelbagai orang dengan sikapmu, melanggari pelbagai ajaran Allah swt serta melupakan ajakan Rasulullah saw sehingga membuatkan engkau tidak menyedari kecacatan dirimu. Justeru apakah engkau layak membiarkan hari-harimu berlalu dalam kehidupan yang tanpa adanya pembaikan dan peningkatan?Tidakkah engkau ingat akan satu bicara yang masyur; 

"Sesiapa yang hari ini sama seperti semalam,maka rugilah dia.Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam,maka beruntunglah dia.Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam,maka celakalah dia."







Saturday, April 09, 2005

Berilah kemaafan kerana mungkin ini adalah tidurmu yang terakhir

Malam ini, di kamar tidur..aku merenung sedalam-dalam diri yang alpa ini.Betapa kerdil dan jahil diri ini Ya Allah.Mengapalah aku sering berbangga-bangga dengan 'title'senaik-baik ciptaan Allah swt sedangkan sungguh memalukan zikir padaMu terlalu sedikit berbanding dengan kemeriahan zikir unggas dan mergastua yang tidak jemu-jemu sahut-menyahut memujiMu.Rasulullah mengumpamakan tidur itu sebagai "mati kecil" dan kerana itulah agaknya kenapa kita disunatkan berwuduk,berzikir,beristighfar,memaafkan kesalahan orang dan berwasiat sebelum tidur fikir diriku.Manalah tahu,entah-entah tidur ku pada malam ini adalah tidur yang terakhir.Ya Allah ya tuhanku,jika tidur ku ini tidur yang terakhir bagiku,maka ampunkanalah segala dosaku,maafkan segala kesalahanku dan redhalah pada diriku